Selamat datang kepada semua para pembaca blog Janakuasa Pendapatan. Setelah berhempas pulas dalam membangunkan blog ini bagi membantu dan mengajar para pembaca teknik-teknik berjimat dan dalam masa yang sama boleh menjana pendapatan.
Banyak kaedah untuk berjimat dan ramai juga yang tahu kepentingan berjimat tetapi tidak tahu bagaimana mahu memulakannya. Disebabkan itu saya dan juga Team Janakuasa Pendapatan membangunkan blog ini bagi tujuan menyeru dan mengajar bagaimana teknik-teknik berjimat disamping boleh menjana pendapatan.
"PENJIMATAN MENJANA PENDAPATAN"
Mari kita ambil contoh, pernahkah anda atau sesiapa sahaja yang anda kenal pergi membeli penghawa dingin untuk rumah. Jurujual akan menunjukan katalog berbagai-bagai jenis dan jenama penghawa dingin. Berbagai teknik digunakan untuk membuatkan anda membeli jenama yang disarankan. Model biasa berharga murah dan model inverter berharga mahal sedikit tetapi menjimatkan tenaga. Kebiasaan kita akan bertanya, yang mana paling murah, betul bukan. Saya sendiri pun akan bertanya dan berfikir benda yang sama. Bagi kita yang murah adalah lebih menjimatkan. Memang betul jawapan itu tetapi tidakkah kita berfikir untuk menghidupkan penghawa dingin memerlukan tenaga elektrik. Tentu sekali tenaga elektrik ini perlu berbayar setiap bulan apabila ada penggunaan. Jadi dimanakah maksud penjimatan yang sebenar.
"PENJIMATAN MENJANA PENDAPATAN"
Maksud penjimatan yang sebenar adalah kita kurang membayar bil elektrik tetapi dalam masa yang sama kita menggunakan penghawa dingin tersebut. Ini kerana kita perlu menggunakannya secara berterusan. Apalah gunanya kita membeli tetapi tidak digunakan dengan alasan berjimat. Disitulah istilah pembaziran yang patut digunakan. Membeli tanpa ada apa-apa manfaat. Apalah salahnya kita bersabar sedikit dengan memanjangkan tempoh menabung bagi membeli penghawa dingin inverter dengan menjimatkan membayar bil elektrik yang tinggi pada setiap bulan.
No comments:
Post a Comment